Posts

ayam kenny roges noxxa

Image
Selamat berhujung minggu. Korang kemana hujung-hujung minggu ni. Hari ni ummi Alisha nak review periuk ajaib noxxa. Untuk review periuk ummi Alisha masak ayam kenny roges. Sebelum tu ummi Alisha nak cerita serba sedikit betapa mudahnya menggunakan periuk noxxa ni. Pertama, untuk masak nasi hanya memerlukan 7 minit. Nasi masak sekata dan sangat sedap. Nak rebus tulang sangat mudah lebih kurang 30 minit lembut danging. ok..jom kita share resepi dululah. AYAM KENNY ROGES NOXXA Bahan-bahan 1 ekor ayam 1 inci halia 3 biji bawang besar 5 ulas bawang putih serbuk perisa black paper maggi (instant) 1 kiub ayam knor/maggi gula perang garam secukup rasa butter sedikit sunquick oren periuk noxxa untuk memasak 1.bersihkan ayam 2.blend bawang,halia,kiub ayam maggi sehingga hancur 3. ayam dicucuk menggunakan garfu 4. ambil sedikit butter. Lumur ayam dengan butter 5.bahan yang diblend dituang atas ayam. 6. letak serbuk masakan black papper,garam,gula,sunquick leb

Ronella Essential Oil

Image
Assalamualaikum Saya nak share satu produk essential oil nama Ronella. Selalu kita akan guna pewangi dirumah yg ada bahan kimia. Apa kata kita tukar dan guna pewangi dari bahan semulajadi dan dalam masa yg sama dapat menjaga kesihatan famili kita secara natural. Sedikit info tentang produk: ➡ Ronella adalah 100% Pure Essential Oil ( Pati minyak tumbuhan ) ➡ Sebotol mengandungi 10ml ➡ Boleh tahan 1-2 bulan Ada 3 jenis Essential Oil: ➡ Lavender untuk hilangkan stress, mendapat tidur yg nyenyak, menyembuhkan luka terbakar, merawat eczema, anti penuaan & kurangkan sakit kepala serta migrain. ➡ Tea Tree untuk menghilangkan parut & jerawat, mencegah virus dan kuman, meningkatkan sistem imunisasi badan, melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat, mengurangkan masalah kelumumur dan keguguran rambut. ➡ Lemongrass ( serai wangi ) sebagai penghalau serangga dan nyamuk,melegakan sakit perut & otot, mengurangkan demam dan memberikan tenaga. Boleh try loose pack perbotol at

sambung cite pasal alisha..

Image
alisha ni miracle sebab.. 1. dia lahir 940gm je.. 2. lahir 31 minggu 3.dalam perut bersama ngn kembar yang dah meninggal selama 1 bulan 4. kena jangkitan kuman,,then 2 kali operation kat tangan kiri alisha 5. duduk 3 bulan kat hospital 6.dia kecil tapi aktif 7. semangat alisha kuat untuk hidup.. alisha..ummi dan ayah sayang alisha sangat... nt dah besar belajar rajin2 dan tolong ummi tau... antara gambar alisha dari selepas lahir sehingga sekarang..sekarang dah 9 bulan dah pun... that one masa alisha 3 hari kt dalam wad..masa ni dia sangat aktive...kaki tangan semua gerak.. kembar alisha...azimatun Nur 3 hari di dunia...wayar berselirat je kt kaki tangan alisha... ni masa dah dekat sebulan..masa ni barat dah 1Kg++..tp dah tak igt bpe kilo selepas 2 minggu dalam wad..tangan alisha dijangkiti kuman..2 kali kena opeartion... 16 oktober 2011 kali pertama alisha operation..pkul 2 ptg alisha ditolak ke bilik bedah..time ni operation untuk selamatkan ta

MY MIRACLE BABY..ALISHA NUR HUMAIRA

Image
NAMA:ALISHA NUR HUMAIRA BT MOHD NIZAM UMUR: 9 BULAN TARIKH LAHIR: 3 OKTOBER 2011 BERAT LAHIR: 940 GM UMUR LAHIR: 31 WEEKS +++ SEBAB LAHIR: TWIN PREGNANCY.. SORANG IUD/ MENINGGAL DALAM PERUT JANGKAMASA TINGGAL DALAM WAD: 3 BULAN....2 BULAN 2 MINGGU DALAM INCUBATOR...2 MINGGU DEKAT WAD BIASA... why Alisha ni boleh dikatakan miracle.. panjang alkisahnya.. Aliha ni lahir tak cukup bulan..31 minggu dia dah nk kuar..waktu lahir barat dia hanya 940gm je..bayangkan lah...badan Alisha time tu sebesar pergelangan ummi je...jari-jarinya pulak sebesar lidi...pakai pampers saiz new born pun tak muat... masa lahir 2 Alisha dah nangis kuat-kuat dah..walaupun kecil...tapi semangat dia kuat... Alisha ada kembar sebenarnya..tapi kembar alisha meninggal dalam perut masa kandungan berusia 6 bulan...cukup je 7 bulan alisha pun dah nk kuar..tak nk tunggu due yang sebenar.. ni gambar terbaru alisha..dah pandai buas dan buat perangai pun dia...skrg ni umur dah 9 bulan...

3.2.11

Image
Majlis Resepsi... venue: rumah kakak pengantin perempuan..Bukit Gantang Time: 12.00 tghhari- 4.00 ptg.. kedatangan rombongan pengantin lelaki... pengantin lelaki ngah control macho...hehehehe

12/12/11

Image
Tanggal 12/12/2011 aku bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati....Namanya Mohd Nizam bin Mohamad rozali...Umurnya 29tahun..Time 2 aku baru 24 tahun..Kira dia agak tua jgk lah drpda aku..hehehe.. kami dinikahkan dalam majlis yang serba sederhana... Majlis akad nikah kami berlangsung di Masjid Jamek bukit Gantang berwalikan ayahku sendiri.... Lebih kurang jan 10.30 pagi aku dinikahkan oleh tok kadi yang telah diamanahkan untuk menikahkan kami.. dalam lafaz 1 kali sahaja, kami sah menjadi pasangan suami isteri... Majlis pernikahan kami diraikan dalam majlis yang serba ringkas yang hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat sahaja...walaubagaimanapun, majlis yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar dan meriah.. aku bahagia menjadi isteri kepada En Mohd Nizam Bin rozali...

baru belajar-belajar buat blog...

assalamualaikum... selalunya dok tengok blog orang je..hari ni baru tergerak nk buat blog sendiri.. konon-kononnya nk buat bisness tudung dan shawl..harap2 boleh menjadi lah.. ahad ni nk try survey tudung2 dan shawl2 terkini kt pasaran... insyaalah..lepas raya ni nk bisness tudung ni start..spe2 yg berminat bleh lah tgk nt ye....